Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi untuk VirusTotal

Virustotal telah menjadi salah sebuah tempat rujukan yang sangat berguna dalam memastikan sesebuah fail itu berbahaya atau tidak. Jika dilihat dari sisi hadapan, virustotal telah mengumpulkan antivirus-antivirus yang terkenal sebagai enjin untuk memberitahu tentang status sesebuah fail yang ingin dikesan. Ini ketara keberkesanannya dari sudut keutuhan sesebuah keputusan, yang mana, rujukan silang (cross-reference) diantara kesemua antivirus-antivirus dapat dilihat di dalam virustotal, seterusnya dapat mengurangkan kadar kesilapan dalam proses pengesanan.

Untuk menambahbaik lagi skop kemampuan dan fungsi virustotal, virustotal telah ditambah dengan fungsi antaramuka pengaturcaraan aplikasi virustotal, atau VirusTotal API. Dengan menggunakan Virustotal API, kita boleh memuatnaik dan mengesan fail serta URL, atau mengakses laporan fail yang telah dimuatnaik sebelum ini, tanpa melalui laman web utama virustotal. Ia boleh dilakukan dengan melaksanakan permintaan HTTP Post ke URL tertentu di virustotal. Untuk maklumat lanjut mengenai gerak kerja VirusTotal API serta cara-cara perlaksanaannya, sila klik disini.

Saya juga tidak terkecuali dalam memanfaatkan kegunaan VirusTotal API dalam beberapa projek yang saya jalankan. Berikut adalah implimentasi ringkas menggunakan bahasa pengaturcaraan ruby untuk mengakses laporan yang sudah sedia ada di pengkalan data Virustotal berdasarkan MD5 hash yang disediakan oleh kita ;

One thought on “Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi untuk VirusTotal

  1. zero says:

    macam mana ni x paham la tlg explain lebih mendalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *